Friday, 13 January 2012

Petua hilangkan gatal-gatal

Seminggu lebih dah aku kene gatal-gatal satu badan ni. Cume agak bernaseb bek sikit bile gatal2 ni tak beterusan means kejap ade kejap tak de tapi macam agak lecehla di waktu2 exam ni kan. Makan ubat dah, cucuk dengan jarum kat tang punggung pun dah tapi tak de pape perubahan pun. hurm...


So saje je la try menggooglekan kot2 boleh jumpe cara laen untuk hilangkan gatal2 aku ni.  Aku ade jumpe 1 blog ni die bagi petua2 untuk hilangkan gatal2:


Tepung Sagu:

Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

Daun Kunyit;

cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman - tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam,kemudian disapu pada tempat gatal. Insya Allah!"

Gambir; 

Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

Garam Kasar;

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Daun Rambutan:

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.


mule-mule macam ni je..
lepas tu jadi macam ni. baru kat tangan belum lagi kat tempat laen ^_^"

6 comments:

  1. saye igt kan sye sorang je y ad mslah ni...mmg gtal gler...skali garu, ssah nak bhenti..btw, tq yea..sye gne gram..alhamdulillah..da kurg cket rase gtal tu...

    ReplyDelete
  2. terima kasih
    info nya sangat berguna sekali
    salam

    ReplyDelete
  3. Macam ni , saya dulu ada elergic , tak boleh makan seafood laa . Gatal dia ya rabbi , takyah citer la gatal dia . Lama dah jugak . 2009 gitu lah . Hehehe. Pastuh lama lama garu2 . Ada kesan bintik bintik kecik kat tangan sampai sekrang . Saya makan je seafood . Hehehe. Btw, kalau seafood tu fresh gila tak jadi masalah . Sometime tu kalau gatal kat tangan mesti bintik tu naik tetiber . Maksudnya , time makan bende alah je bintik tu naik teruk . Kalau tak , ada jugak tapi tak kronik sangat . Jadi nak buat macam mana erk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..awak makan satu ubat alahan ni. name ubat tu adezio. skang sy makan ubat tu je. alhamdulillah hilang. tp adela naik gak cume bile ade ubat tu terkawal la. hehe

      Delete