Thursday, 1 March 2012

Jodoh Ditentukan Keluarga?

Kate orang kalau dapat restu dari mak ayah insyaAllah bahagialah kita..Betul ke? Kononnye dieorang nak yang terbaik untuk kita tapi kekadang tu mendatangkan keburukan plak pada diri kita. Hurm..macam mane tu? Bile dah huru hara so siapa yang kita nak salahkan? Mak ayah kita or kita? Sedangkan orang yang bercinta bertahun2 pun boleh berselisih faham inikan pulak orang yang langsung kita tak kenal tup2 kita dijodohkan dengan dia plak, isi hati dia pun kita tak tahu macam mane. Serasi ke tak? Sekepala ke?


Ada kebaikan n keburukan juga bile kekasih kita pilihan keluarga:


Kebaikan

1) Calon Terbaik
Ibu bapa pasti memilih calon kekasih atau bakal menantu yang terbaik untuk kamu. Biasanya mereka memilih calon yang sama taraf baik dari segi pendidikan, harta, taraf dan kedudukan terutamanya yang mempunyai gelaran. Dengan cara tersebut, susur galur keluarga kamu akan diwarisi oleh keturunan yang baik-baik. (yg lelaki chayok2 takkan nak bagi anak orang makan pasir ^^)

2) Direstui Seisi Keluarga
Pastinya hubungan kamu dengan kekasih pilihan ibu bapa mendapat restu seisi keluarga. Kepatuhan kamu dengan permintaan ibu bapa membuatkan hubungan kekeluargaan bertambah erat. Kamu akan lebih dihargai dan diberi perhatian oleh keluarga kerana mereka mahu memastikan yang kamu bahagia dengan pilihan mereka.(
ade jugak yg dah dapat restu dari keluarga tapi tetap tak bahagia sebabnye bace tang keburukan nanti)

3) Bijak Menilai
Memandangkan ibu bapa adalah orang yang lebih berpengalaman, lantaran mereka bijak menilai gadis atau  teruna yang akan dijadikan teman istimewa buat kamu.  Mereka juga lebih arif dengan kriteria seorang gadis atau lelaki untuk menjadi pasangan terbaik buat kamu.(hurm..mase face to face memey la ok nak tunjukkan keayuan/kegagahan depan mentua =D )

4) Perasaan Istimewa
Jika ingin mengenali calon pilihan keluarga, kamu akan diselubungi dengan perasaan istimewa. Kamu teruja  untuk mengetahui keistimewaan si dia yang berjaya menambat hati keluarga kamu. Lamakelamaan,  perasaan sayang dan cinta dapat disemai  ketika proses mengenali hati budinya. Sudah  semestinya hubungan dengan  kekasih pilihan keluarga lebih  terbatas dan manis dipandang mata kerana kamu  tidak mahu berlaku sesuatu perkara  buruk yang boleh memalukan keluarga.(perasaan ni boleh jadi kalau pasangan kita serasi dgn kita)

Keburukan
1) Tidak Menepati Cita Rasa
Ada kalanya kekasih pilihan keluarga tidak menepati cita rasa atau kriteria yang kamu  idamkan. Lantaran, faktor ini menyebabkan kamu sukar untuk berkomunikasi dan tidak berminat untuk mendekatinya sehingga menyebabkan hubungan menjadi dingin. Sukar Mencari Keserasian Dek kerana terpaksa akur dengan pilihan keluarga, ada yang menjalinkan hubungan separuh hati atau tidak ikhlas. Memandangkan si dia adalah orang asing, sukar bagi kamu untuk mencari keserasian dan menjalinkan hubungan cinta yang kukuh. Biasanya hubungan sebegini rapuh dan mudah putus di tengah jalan apabila dilanda sebarang dugaan.(kita gak yang terseksa ^^")

2) Campur Tangan Keluarga
Biasanya dalam kes ini, kamu tidak mempunyai kebebasan untuk mencorakkan  hubungan kamu kerana keluarga akan sentiasa  campur tangan bagi memastikan kamu membahagiakan kekasih pilihan mereka. Situasi ini sedikit-sebanyak memberi tekanan emosi dan mental  kepada kamu.(Kalau jenis yg sabar sampai ke tua la bersama

3) Tidak Dapat Membuat Keputusan Sendiri
Kamu akan sentiasa berada dalam keadaan serba salah kerana tersepit di antara kemahuan sendiri dan kehendak keluarga.  Malah kamu juga tidak dapat membuat sebarang keputusan sendiri tentang hubungan cinta dengan si dia kerana  sentiasa dibayangi impian keluarga.

Kesimpulannya, tak semua orang akan bahagia dengan pilihan keluarga n kalau bahagia pun naseb menyebelahi diri anda. Kalau aku? Mintak maap la..awal2 cakap ni jangan susah2 pilihkan calon untuk aku. Tempat belajar ditentukan, nak amik kos ape ditentukan so pilihan hati biar aku yang tetapkan. Renung2 kan n selamat beramal..

sumber : majalah remaja

1 comment:

  1. kau memang anak emak....masa nk kt aku,,lamar bukan maen lagi,ayt berbunga2...silap aku jgk knl kau,lau aku tau kau akan ikot kata family kau, sumpah aku xnk knl kau....masakan xboley bersuara langsung!!!

    ReplyDelete